Assalammualikum.
2018 sudah, Rupanya sudah 4 tahun aku kasih tinggal ni dunia blogger. Banyak yang telah berlaku dalam masa 4 tahun tersebut. Last post aku tulis tentang maci gagah yang telah berkahwin dengan pilihan hatinya. 4 tahun kemudian guess what guy, i'm also married with someone i loved. Siapa lagi kalau bukan Mr Panda.
2 Desember 2016 aku telah dinikahkan dengan sekali lafaz sahaja kepada Mohd. Azrool. Nak dekat 2 tahun sudah aku jadi bini orang hahaha. Setakat ini aku sangat-sangat happy hidup dengannya. Tapi tulah aku tak berapa suka tinggal di rumah ..... Kalau boleh nak juga rasa tinggal di rumah sendiri hehe.
Kisah sedih di tahun 2018 seperti entry di atas. Sebenarnya banyak hal yang telah terjadi dalam tahun ni. tak diluahkan takut aku meroyan pula. Nak meluahkan sama orang aku pula yang malas. Aku tak mahu simpati daripada orang lain. Sebenarnya awal bulan Febuary tahun ni aku telah keguguran anak pertama aku. Usia kandungan aku tak berapa pasti sebab kandungan tersebut tak dijangkakan. Setelah mencuba hampir setahun lebih Allah kurniakan aku janin di dalam perut ku hanya beberapa minggu. Tak apalah anak syurga ku yang pertama yang diberikan nama Muhammad.
Awal bulan April aku sekali lagi diberikan kesempatan untuk mengandung zuriat suamiku. Namun pada usia kandungan aku 6 minggu aku sekali lagi disahkan keguguran oleh doktor. Kandungan kali ini bagiku amat ajaib sekali. Apa taknya bila doktor sudah keluarkan janin tersebut masih tinggal 1 kantung. Hampir 1 week aku di hospital. Hospital yang pertama doktornya tak tahu nak buat apa sebab kantung tersebut tak nak gugur sendiri. Pintu rahim yang terbuka telah diberikan suntikan untuk kecutkan rahim. Doktor bagitahu kalau kantung tersebut tak nak jatuh juga aku terpaksa kena cuci. Di sini doktor ada cakap kemungkinan masih mengandung lg or ada something. Aku iyakan jak.
Selepas di hantar ke hospital pakar di KK doktor pakar telah scan dari bawah. Mulanya aku takut pasal muka doktor tu lain2 macam saja. Dia panggil doktor pakar yang lain. Last2 doktor pakar yang first2 cakap dengan aku ' Puan boleh tengok bah kan ni still ada heartbeat' lepas jak doktor cakap begitu aku terus nangis berabis. Rupanya still ada baby ada rahimku. So apa yang aku simpulkan di sini aku mengandung baby twin. Masa tu aku betul2 tak percaya. Keajaiban tuhan berlaku depan mata Subahanallah. Allah tarik kembar yang satu (Baby Muhammad) dia tinggalkan yang satu lagi buat penawar.
Kandungan ini amat mencabar bagiku kerana aku balik2 sakit, Segala Keputihan keluar dan last2 disahkan aku ada GBS (boleh google sendiri). Bukan Setakat itu aku pun ada GDM. Tapi tak apa aku cakap kat diri aku kena kuat untuk baby. Namun Tuhan hanya pinjamkan baby hanya sekejap jak pada kami. Pada 1 september, 11.30 malam aku selamat melahirkan baby syurgaku yang ketiga pada usianya hanya 6 bulan. Baby yang diberikan nama Nur Shafia Sumayyah oleh Suamiku. Baby Sumayyah hanya dapat bertahan selama beberapa minit sahaja. (next chappter story details). Nda apalah nak bunda redha.
Baby Sumayyah
Baby Sumayyah time 16 week dalam perut bunda