Oh!Belog

Monday, June 25, 2012

Bila Emo Melanda

Assalammualaikum

Entry ini aku wat sebelum birthday aku yg ke 23.

Well aku x tahu kenapa hari ini aku rasa macam emo betul. Asyik2 menangis saja dari tadi. Aku ni sawan ka apa dah? Mungkin hati aku dah x dapat menampung segala kesedihan yang telah aku hadapi selama 23 tahun aku hidup ni kot.

23 tahun, satu tempoh yang agak lama. Banyak kenangan yang amat2 ingin aku lupakan. Kalau fikiran aku ini boleh diformat balik aku sanggup. Jatuh bangun hidup aku sangat memeritkan. Famili konflik yang berpanjangan sehingga pada satu tahap aku mengambil tindakan yang amat bodoh apabila menelan pil tidur secara berlebihan.. Hahaha nasib baik x overdose.. 

Orang di sekililing aku cakap yang hidup aku amat senang. Hahaha... Kalau kamu jadi aku aku rasa confirm akan gila sepanjang ayat. Aku berjaya survive pun sampai hari ini disebabkan dendam itu. Bukan senang nak jadi aku. Kamu kena puaskan hati orang ramai sehinggakan segala kemahuan kamu telah kamu lupakan. Bila hidup kamu dibandingkan dengan orang lain sehingga membuatkan kamu rasa down yang teramat. Ya aku x pandai tapi aku x bodoh.

Aku rasa semua ini bermula daripada kejadian itu, semua orang tuduh aku penyebab berlakunya hal tersebut. Kalau boleh diputarkan balik aku sanggup ambil tempat orang itu supaya dia selamat dan semua hal ini x kan terjadi. Hell ya kamu tuduh aku penyebab orang matikan.. x pa x lama lg kamu akan puas hati. Start dr situ dorang semua anggap mcm aku x berguna sangat ni. walaupun dorg x tunjukan sangat tapi aku tahu layanan dorg berbeza terhadap aku berbanding dgn org lain. Tipulah aku x terasa. Sampai famili aku pun dorg layan mcm gitu..x pa yan.. Yang penting ko tau ko x salah.

Dan drp itu, start lg 1 peristiwa yang di mana hidup aku dipermainkan lagi. Wah hebat, hidup aku mmg mudah dipermainkan. Orang yang paling aku percaya n sayang pada waktu itu buat aku mcm gitu. Aku rasa macam teramat bodoh ni. Sebab dia  aku jadi mcm gini hidup dengan dendam. Selagi dia x minta maaf secara baik dengan aku selagi itulah dendam aku akan ada. Kadang2 aku terfikir apa salah aku dekat dorang sehinggakan dorang benci sangat dengan aku.. Aku ni x ada apa2 yang menarik pun..

Hal ini menyebabkan aku memberontak, aku salahkan dorg, aku salahkan famili aku, aku salahkan diri aku. Kenapa? Kenapa bukan aku yg sepatutnya pergi dulu.. Kalau x semua ini x terjadi..

Orang mungkin lihat aku happy2 saja. Tapi hati aku dorg x tau. Banyak luka2 yang x dapat ditampal. Walaupun org buat aku sedih aku hanya senyum saja sebab aku amat kasihan dengan dorg kerna dorg x tahu apa yg aku rasa.

Jangan salah sangka, aku bukannya salahkan takdir, sebaliknya aku bersyukur dengan apa yang berlaku ini telah merubah aku jadi aku yang sekarang. Kalau aku ikutkan hati aku yang dulu mungkin aku x akan jadi manusia yg berguna n dapat membanggakan ibu bapa aku n disamping dapat membukakan mata orang yg amat membenci aku.. NOBODY PERFECT SAYANG. Cuma aku x tempat nak luahkan. Member2 masing busy.. x pa aku faham itu...

Anyway misz boggie.. Happy birthday Sayang.. Semoga apa yg ko impikan menjadi kenyataan tahun ini.. Biarlah aku menjadi org pertama wish birthday diri sendiri...

0 comments: