Oh!Belog

Saturday, November 23, 2013

My Panda Bida


ASSALAMMUALAIKUM


Salam sekali lagi. Macam dah terlalu lama aku meninggalkan blog ini bersawang tanpa entry baru. Saya Minta Maaf.



Macam comel je. Macam Kiut je. Macam minta kena penampar je..hahaha..

Nak update pasal kehidupan pun sekarang ni memang aku malas tahap gaban. Sebab aku tahu aku bukan artis dah tentu bukan kena ambil tahu pun kan. Tapi ada aku kisah. Entry kali ini aku nak story pasal Panda Bida.

The story start here, di pendekkan cerita, kisah bermula dari Instagram, terus ke Arkib, terus ke Twitter terus ke Whechat, terus menjadi bf c cik Kura-kura dan sampai sekarang masih cuba berusaha untuk memuaskan hati si cik kura-kura. Alangkah indahnya takdir yang telah ditentukan oleh-Nya.

To My Panda Bida,
Tq for always be my side
tq sebab selalu jaga syg
tq sebab selalu faham syg
tq sebab nampak syg 
tg sebab syg syg
Tq sebab mengalah sama syg

Walaupun coretan ini sangat sikit, Tp ertinya membawa seribu kali bermakna buat aku..

Friday, April 12, 2013

Mak Cik Tua YANG OVER itu PEGAWAI KERAJAAN..

Assalammualaikum


Ok apa kena mengena pic di atas dengan Entry kali ini? Of course ada kaitanlah wei. Haha.. Kalau aku x pergi ambil tu baucer BR1M x adanya aku jumpa seorang pegawai kerajaan ya c Mak Cik tua yang hitam lagi gemuk yang terlebih adab n sopan. Lalala.. Sori lah Mak Cik.. Mulut I ni mmg kurang ajar terhadap manusia yg terlebih adab n sopan.

Pada tarikh keramat iaitu pada 10 April 2013, balik jak dorang mem aku dr sekolah terus dia cakap ba capat ko mandi kita pergi ambil BR1M kau di Pejabat Daerah. Aku kalau pasal duit memang cepat, lebih-lebih lagi duit free. Hahaha. So dengan happynya aku p itu pejabat daerah dgn my mum.

Tapi kegembiraan aku musnah. Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang.. Haha. Aku ada kat pejabat daerah itu mau dekat jam 2 lebih. Orang ramai time tu. Tapi kaunter belum buka! Dorang ni makan gaji buta ke apa?  mau dekat jam 4 muka dorang muncul. Ok itu aku x ambil kisah yg penting duit dapat. tapi ada sorang pekerja situ ya c maci yg gemuk lagi hitam sudahlah bukan bidang tugas dia, boleh2 lagi dia p marah kami why lambat ambik tu BR1M. Boleh2nya dia bw kami bergaduh. Macam mana etika bekerja kau ow maci. X mesra pelanggan. kau fikir semua yg p ambil tu BR1M itu x pelajaran ka? Miskin sangat ka? ow please setakat kerani jak pun.. Jgn2 sijil STPM pun sangkut...wakakaka.. 

Sekurang2nya ko fikirlah kenapa kami x pg awal2. Dah lah kami x tau yg kami ni layak or x dpt 2 BR1M. Dahlah teda surat mahu bagi tahu, orang call2 pun x kena angkat dan mcm gitulah kau layan kami.. Ow please nasiblah mami aku kenal kau, klu x aku join sekaki bergaduh tu hari. Aku rasakan semua pekerja kat pejabat daerah itu tua2 belaka.. Apa kata kamu pencen n bagi peluang pada kami yg muda2 ini untuk bekerja sana. sudahlah tua mau mampus ada hati lagi mahu bawa bergaduh dengan orang awam.. Kau balik p ambik kursus adab n tatasusila lah. Macam mana seorang pegawai kerajaan boleh bekerja mcm itu? Aku hairanlah macam mana dia boleh kena ambik kerja. Baik pencen p jaga cucu la maci... 

SEKIAN, MAJULAH GOLONGAN MUDA UNTUK MENDAPAT PEKERJAAN

Monday, April 8, 2013

SAVE THE DATE

Assalammualaikum...


Tatkala penduduka di Malaysia tengah sibuk menonton, bersorak, kutuk-mengutuk akan ABPBH, aku pula tengah pening akibat terhidu spray nyamuk..Haha. Serius, aku sekarang tengah pening nak cari tema warna baju kawin nanti. Ya kahwin! Tapi bukan aku. Abang aku. Aku telah dilantik oleh kakak aku sebagai penolong wedding planner. Ketua dia aunty aku.

Tapi yang aku pening bagai nak rak ni bab mencari tema warna baju untuk family belah pihak lelaki. Pihak perempuan lantak dorang lah nak pakai apa. cari punya cari, gali dengan dalam kat uncle google, banyak sumber2 yg boleh dipercayai warna fames pada tahun ni ialah warna pastel @ nude @ seakan-akan kusam.

Demand kan aku..hahahaha... Macam majlis aku pula. Tapi ada aku kisah..Lantaklah. Yang penting majlis tu berjalan dengan sempurna. Aku kalau boleh x nak terlibat dalam hal-hal mcm gini, sebab dulu time wedding kakak aku, aku separuh mati kena kerahan tenaga yang amat dasyat. Habis jak majlis tu, naik rumah nenek nampak bantal terus landing.. sedar2 tengah malam sudah dengan2 baju pengapitnya yg belum tukar. Haha.. Lucu pula tahu bila diingatkan kembali. Nasiblah ko abang, satu2nya anak lelaki dalam rumah ni. Mana lagi nak cari pengapit, mana lagi nak cari itu, ini, dah nasib badan hidup dalam keluarga buangan. Mana lagi segala cousin2nya semua masih bawah umur. Susah-susah. Apa dah aku melalut ni. 

 

So back to basic, aku dah mengusulkan cadangan kepada kakak aku, yg secara sahnya warna baju tema majlis kali ini ialah green mint plus brown pastel. Cun kan.. Punyalah susah aku cari warna tu.
So bagi aku aku suka tengok warna baju macam ini, sejuk saja mata untuk memandang. Sekarang orang dah x pakai lagi baju yang terang mcm kak seha.hahaha.

Yang ini warna Green Mint.




Yang ni brown..

Tapi aku lebih suka stail baju mcm gini..simple tapi cun...

So kesimpulannya di sini, aku dah rambang mata..hahahaha

Saturday, April 6, 2013

Politik oh Politik

Assalammualaikum..



Entry kali ini lain dari yang lain. Oleh itu jangan saman saya..Hahaha

Sejak mantan PM kita mengisytiharkan pembubaran parlimen Malaysia boleh dikatakan memang amat ketara parti-parti politik di negara kita berlumba-lumba untuk menaikkan parti mereka untuk meraih undian. Tak salah, dah memang hak mereka kan.Huhuhu.. So motif buat entry? Saja boring..hahaha..Joke..

Aku sebenarnya meluat bila buka saja FB terpampang kat depan mata status yg berbaur politik. Caci maki sesama mereka, umpat-mengumpat, fitnah-memfitnah. Tapi yang ironiknya yang buat semua ni semuanya budak bawah umur, budak hingusan, budak yang masih perlu belajar akan adab sopan, tatasusila dengan betul, perlu belajar bahasa melayu dengan baik dan perlu bagi mantap subjek sejarah (motif?) mereka. Adik-adik sekelian, belajar biar lulus exam dulu ok, baru berlagak macam orang dewasa. Nah di sana teda orang ambil kisah suda.

Itu baru budak, yang belia2 sudah ni pun sama. 2 x 5. Tahu mahu komplen saja. Serius ok, bercakap guna otak, bukan kepala lutut. Jangan tahu menyalak saja di Fb kalau diri itu belum mendaftar undi..wakakaka. Lame. sangat lame. Aku bukan penyokong kerajaan or pembangkang. Bagi aku dua2 ada benar dan ada juga salah. Tapi agak2 lah kalau PTPTN pun kamu x mahu bayar. Sudah adat, meminjam mesti lunaskan kembali. Dalam agama pun kena ajarkan? So faham-faham sendirilah. Dan di sinilah ternampak kebodohan para student yg buat demo2 segala bagai. So stupid lah. Aku tahu kebebasan bersuara hak kita. Aku pun belajar PAM malah student sejarah ni. Tapi dari aku buat demo segala bagai, buat rusuhan sana sini, baik aku study bagi DEKAN, keluar U dapat keja bagus2, tidur, makan n so on, teda kemalangan jiwa berlaku, kerosakan harta benda dan lain2. Nak tanya apa yg kamu dapat?? ya pok femes kan..hahaha...Ops sorry my bad.

Sebenarnya banyak lagi aku nak merapu ni, tapi takut kena saman. Hahaha.. sekali lagi aku tegaskan aku bukan penyokong BN or PAS PKR DAP ka apa ka! Tapi cuba kita buka minda kita, berfikir dengan akal logik,dan hayati ayat ini, "KALAU KITA SUDAH MERASAI KEBAIKAN SEKARANG, KENAPA MASIH LAGI HENDAK MENCARI MASALAH DI KEMUDIAN HARI" so renung-renungkan dan selamat mengundi. Undi anda adalah rahsia..hahahaha..

P/S: BOLEHKAH AKU X MENGUNDI?....

Thursday, March 7, 2013

Harga Sebuah Kemaafan

Assalammualaikum..


Entry kali ini berkaitan tentang kemaafan.

Apa yang anda tahu tentang kemaafan? Adakah bila kita minta sorry dengan seseorang itu kita mesti maafkan dia. Walaupun hati kita teramat susah mahu maafkan orang itu. Sigh~


Maaf! Maaf! Maaf! Maaf! Seriously aku memang susah mahu maafkan orang itu bila orang yang buat aku sakit hati minta maaf dengan aku.. Kalau boleh aku nak dia melutut depan aku. Ya! Aku memang pendendam yang amat setia. Ha Ha Ha... Orang cakap "Forgive but not Forget" yup this me. Aku memang maafkan. Tapi aku tak boleh lupakan apa yang telah dilakukannya itu...



But tadi ada sorang mamat minta maaf kat aku. Ya mamat itu. Mamat Desparado. Mamat yang x tetap pendiriannya. Mamat yang cakap x serupa bikin. Dia minta maaf kat aku. Ya kat aku. Depan aku. Face to face dengan aku. But. ya ada TAPINYA.. Aku nak dia minta maaf kat aku tanpa di suruh oleh sesiapa. Demand kan aku. haha.

Tapi time dia minta maaf dengan aku, aku terkejut, tergamam, hati aku dug dap dug dap.  Aku tak tahu kenapa. Adakah aku masih ada perasaan dengan dia or what. Aku ingat dia tak akan minta maaf kat aku. But memang betul2 lucu la tadi. Lucu sangat. Aku sampai terundur-undur kebelakang mau lari ini. Dia terlalu dekat dengan aku. Gila apa mamat tu. Tapi yang aku panas dia paksa aku untuk maafkan dia. So!!! ko dapatlah kemaafan dr aku yg x ikhlas.

Ya aku memang susah mahu maafkan orang. Aku x kisah orang mahu katakan apa..LALALALAAL...