Oh!Belog

Friday, December 30, 2011

Ini Semua Mimpi..Sila Bangun Dari Tidur Yang Lena!

Assalammualaikum

Lama x update blog ni. Saya ada cerita sedih gembira... Nak baca mana 1...Seperti biasa tekan X jika x nak baca.. Saya x marah juga 2!

Pernahkah anda merasakan bahawa si dia adalah jodoh yang ditentukan Allah buat anda? Kadangkala gerak hati anda kuat mengatakan bahawa si dia amat istimewa dan seakan serasi dengan anda dalam setiap perkara. Si dia jua sentiasa ada ketika anda memerlukan sokongan dari seorang sahabat. Pendek kata, anda dan si dia seakan mempunyai ikatan emosi, fizikal mahupun dalaman yang kuat. 

Anda pernah baca ayat di atas, kalau aku cakap aku dah pernah rasa seperti yang dinyatakan di atas percaya tak..hahaha... Yes truly true. But, ada but dia kot..huhuhu... Jangan terlampau gembira n mengikut perasaan anda.. Kadang kala apa yang anda rasa itu x semestinya banar2 terjadi. Why! aku menulis mengikut pengalaman aku sendiri.. kenapa aku cakap g2 sebab aku dan dia x bersama pun.. Itulah sebabnya aku berani mengatakan sedemikian. Even hati dan perasaan aku mengatakan kami serasi bersama tapi dia lebih gembira dengan orang lain..

Apa yg story sedih n gembira itu? Cerita sedih n gembira ini kedua-duanya berkait-rapat dgn 1 jalan cerita.. huhuhu... Tanpa membuang masa saya nak habaq kat anda, anda dan anda sekalian yg bahawa saya dengan rela hati dan seikhlas yang mampu nak melupakan MR G..hahaha.... BENAR KE NI? AWAK TIPU!.. Ya semua ini adalah benar belaka.. Tipu la aku cakap yang aku x sayang dia lagi.. Aku syg kot. Sayang yang amat.. Nak dekat 2 tahun da aku simpan perasaan aku ni.. So kenapa nak lepaskan dia pergi tanpa kc tahu persaan yg sebenarnya? Kamu x tahu mcm mana keadaan aku dalam 3 hari yang lalu. Aku sampai jatuh sakit kot. Sesak nafas aku datang balik, berat badan aku turun dengan mendadak... Hanya Tuhan ja tahu perasaan aku bila perempuan tu post ayat mcm tu kat wall FB MR G n tgk pic-pic dorang. Hati aku sakit.. MR G mcm bahagia sangat dgn perempuan 2... Aku x sampai hati ganggu dia walaupun aku amat2 x suka perempuan 2. Saya sedih... Aku menangis macam org gila hari tu... Aku tgk muka dia mcm amat happy ni... Aku suka tgk walaupun ia menyakitkan hati aku yg amat..

But 1 saja aku hairan dengan MR G ni.. Dia macam tahu yg aku dalam keadaan sedih dan marah dgn dia.. Bukan sekali da, tapi berkali-kali bila dia melukakan hati aku tanpa dia sedar ataupun sedar kali, mesti dia sms or pm aku... Dia tanya aku ok ka x dan dalam masa yg sama dia akan cuba buat aku happy balik. Dia mempermainkan perasan aku kot.. Apa ba dia nak sebenarnya ini? Aku nak lupakan dia tapi gaya dan perbuatan dia seolah-olah tidak membenarkan aku membuat sedemikian. Aku bingung. Aku tak tahu nak buat bagaimana lagi. Dia seolah-olah dengan perempuan tu but dalam masa yang sama dia ambil berat dengan aku. Aku cuma nak tahu kebenaran dia sahaja adakah kau dengan perempuan tu or x. Tapi kau selalu tidak mengaku. OMG ko buat hidup aku kucar-kacir MR G bukan nama sebenar..

Aku pernah bermimpi yang kita berdua akan dapat hidup bersama. Tapi aku tahu mimpi itu hanya mainan tidur. Tapi seboleh-bolehnya aku nak mimpi itu jadi kenyataan. Kalaulah mimpi indah ini adalah kenyataan tolong jangan bangunkan aku. Kata orang dengan bermula dari mimpi, impian kita akan menjadi kenyataan. But untuk aku mana? Oleh itu, untuk membebaskan hati aku dari rasa sakit dan sedih, Jiuk dengan ini aku membebaskan kau pergi ke mana saja kau mau. Aku gembira kot bila kau happy.. kita merancang dan hanya tuhan yang menentukan... Sebanyak mana pun aku rancang dgn c maci gaga utk that Love Story yg teragung abad ini kalau Dia x bagi restu x jadi juga tu..hahaha..oleh itu dgn hati yg ikhlas saya lepaskan anda pergi...lalalala....bohongla klu x sakit .

Kalau kita menyanyangi seseorang itu dengan setulus hati kita, kita akan biarkan dia bahagia walaupun bahagia dia bukan bersama dengan kita. Apabila melihat dia tersenyum bahagia bersama dengan orang yang dia tersayang dah mampu buat aku gembira kerana bagi aku kegembiraan aku hanya tengok dia bahagia..Hahaha Over kan aku..konfirm kau ketawa kan maci zor..Lalala..Ada i kisah..

Wednesday, December 21, 2011

Story Of Miss Turtle!

Assalammualaikum..

Seperti biasa kalau tak nak baca klik X!

Ini bukan kisah dongeng Si Kura-kura dengan Si Arnab yang di mana Si Kura-kura telah memenangi pertandingan tersebut walaupun dia amat ketinggalan jauh di belakang. Ini adalah kisah yang nyata di mana aku diibaratkan sebagai seekor Kura-kura yang selalu lambat bertindak untuk mencapai kebahagian sendiri.

Orang ramai mengatakan biarlah lambat asalkan ia menjanjikan suatu kepuasan kepada diri kita. Well ini kisah aku yang amat nyata! Aku menunggu dan terus menunggu, aku bertindak dengan amat perlahan dalam keadaan yang amat memerlukan. Tapi apa yang aku dapat? Aku hanya mampu membahagiakan orang lain tanpa memikirkan perasaan aku sendiri. Diri aku siapa yang hendak membahagiakannya? Aku seringkali berkorban untuk orang-orang yang aku sayang. Ada mereka pandang pengorbanan aku? 

Adakah aku IKHLAS? Ia merupakan persoalan yang sering bermain dalam fikiran aku. Minda dan mulut aku berkata bahawa aku amat IKHLAS melakukannya namun HATI aku? Aku tidak dapat mengungkapkannya dengan kata-kata. Orang mungkin cakap aku bodoh kerana selalu menunaikan apa yang dia kehendaki. Tapi entahlah. Aku macam lega apabila menunaikan apa yang dia mahu. Aku tidak sanggup tengok dia marah or sedih. Bodoh kan aku..

Aku amat menyukai akan dirinya. Dari senyumannya, matanya, cara dia bercakap, cara dia menyakat dan membuli aku, cara dia ketawa. Hari aku tidak akan lengkap tanpa melihat semua itu. Adakah aku obses! Aku bukan Obses! Kalau aku Obses aku tidak akan dapat terima dia dengan perempuan lain. Aku harap sangat dia bahagia walaupun kebahagian dia bukannya bersama-sama dengan aku. Ini boleh dikatakan ikhlas ke? Ini pasrah kot...

Aku tahu yang kisah aku ini bukan menarik untuk anda semua baca. Tapi dengan menulis dekat blog ini aku dapat mengurangkan stress yang telah melanda dalam hidup aku sejak kebelakangan ini... Hahaha... Lagipun aku tidak paksa kamu baca juga kan....

MR G! Aku tulis entry ini depan mata kau kot tadi... Hahaha... Aku berani mati hari ini. Kau sedar juga tadi tu kan walaupun kau tidak sempat lihat! Anyway aku amat gembira menghabiskan masa dengan kau dalam beberapa hari ini. Walaupun aku tahu kegembiraan aku hanya sementara sahaja. Terima kasih walaupun kau tidak menyedarinya.

Adakah kisah aku yang amat nyata ini akan berakhir dengan kegembiraan ataupun aku harus berhenti untuk mengharap keajaiban. Orang cakaplah bukan aku yang cakap! Sesabar dan selama mana kita menunggu dan menanti, pada akhirnya kelak Tuhan akan memberikan kita ganjaran yang amat setimpal dengan apa yang kita buat. Aku berpegang dengan prinsip itu! MR G! I ALWAYS WAIT FOR U! Tapi jangan lambat sangat....

Thursday, December 15, 2011

Hati yang kau sakiti

Assalammualaikum!

Amaran keras! Entry kali ini agak melodrama sikit.. Siapa tak tahan sila clik X... Saya tidak kisah... 

Dalam 2 hari sudah aku menitiskan air mata kerana seorang lelaki ini. Ada dia kisah? Dia langsung tidak tahu sama sekali. Alangkah sakitnya hati aku... Salah aku juga aku tidak kasih tahu perasaan aku dekat dia.. But tak kan lah perigi cari timba kot. Walaupun zaman ini da moden, tapi aku rasa aku x dapat lakukannya. Huhuhu.. Shame on me.

But tak kan dia x tahu langsung kot. Segala apa yang dia mahu aku turutkan juga walaupun adakalanya dia selalu sakitkan hati aku.... Aku hanya layak jadi sebagai Sahabat dia saja ke? WTF he was thinking. Dia x sedar ke? Semakin hari dia semakin menyakitkan hati aku... Kalau da x suka berkawan dgn aku or rimas dengan aku bagi tahu awal-awal. Ini tidak, dia bagi juga harapan dekat aku. Adakah aku EMERGENCY GF kau yang kau boleh datang dan pergi  sesuka hati.

Paling aku x puas hati boleh2 dia bagi tengok tu surat kat perempuan 2. Dan perempuan tu kc ketawa hasil usaha aku. WTF that bitch thinking. Cara dia lagi up ka dari aku.. Cakap yang hantar-hantar surat ini zaman dulu punya cara...Sakit hati aku! Mcm la cara kau maju sangat minta kirim2 salam dgn org lagi 2... Shit ow..kalau aku dapat 2 perempuan siap... Hanya aku dan Zoraya jak yang boleh kc ketawa 2 surat sebab aku yg buat..Bukan perempuan tu.. Aku x leh terima cara dia...Janganlah sampai post kat Fb supaya org semua tau bertapa bodohnya cara aku 2...

Tawar dah hati aku dekat MR G. Dia mmg x sedar da akan kewujudan aku da.. Hahaha... Farah Izyan bila la kau nak sedar ini yang dia hanya anggap kau sebagai kawan jak...Lalalala...Bila Saidi tanya apa hubungan kita kau cakap aku orang gaji kau kan jiuk... Kau tau bertapanya aku sakit hati time tu...Aku cakap kau always my pet forever! ko x faham ka simbolik ayat 2..aku nak kau ada dengan aku selamanya...hahaha..bertapa bodohnya aku bila jatuh cinta dengan orang yang tidak pandai menghargai diri aku..

Dorang selalu cakap yang kita couple ke x... Kau tahu tak yang aku sungguh2 nak cakap yg kita couple..hahahaa..Tapi itu hanya mimpi di siang hari ja kot....Jiuk sampai bila hati aku harus disakiti dan disakiti lagi. Sampai bila air mata ini harus jatuh lagi. Dan sampai bila kau harus sedar apa sebenarnya hubungan kita... Aku da tersangat tawar hati kot..

Tuesday, December 13, 2011

Awak Jum BerCinta

Assalammualaikum...
Sebelum aku nak menyibukkan diri untuk membuat assignment yang tengah melambak ini, anda dipersilakan untuk membaca post terbaru dari saya. Tak nak baca pun aku x halang. Lalala.


Cinta itu buta. Apa yang anda faham akan ayat ini? Apa yang kita faham? Ramai yang mengatakan term Cinta itu buta adalah sebagai sedemikian. Kita jatuh hati kepada seseorang itu tanpa mengirakan rupa paras seseorang itu. Kita tidak melihat akan kekayaan seseorang itu dan kita tak akan pandang akan asal-usul mereka. Der! Kenapa kau suka sangat kat budak tu? Cinta itu buta Der. Aku tengok isi hati dia, bukan rupa paras menjadi ukuran, bukan harta kekayaan menjadi jadi pegangan dan kami sama kot berasal daripada makhluk ciptaan-Nya. Alangkah mudahnya jawapan tersebut. 

Cinta pandang pertama. Tentu ramai yang ketawa ni kan. Wei kenapa konon ko syok setengah mati kat mamat tu. Babe! aku dah jatuh cinta kat mamat tu la. Wei mamat tu. Hahaha...Omg aku x terfikir ko boleh ada hati kat dia. Babe! jgn gelak boleh tak.. Aku x leh explain why aku syok kat dia. First day aku nampak mamat tu aku dah jatuh hati kat dia kot.. Aku suka tgk mata dia, senyuman dia.. Omg ang da parah dah nie...Tersangat klise kan. Tapi ada benarnya yang bahawa cinta pandang pertama boleh terjadi apabila seseorang itu jatuh hati melalui matanya, senyumannya. Orang dulu pernah kata dari mata turun ke hati. Wait! kenapa mcm citer aku je ni.. Lalala

Taman Tapi Mesra. Of cuz kamu pernah mengalaminya kan Jangan la nak tipu. Kemana saja kamu pergi akan berdua, apa yang kamu buat kamu buat berdua. Walaupun pada hakikatnya anda hanya berteman sahaja. Namun orang di sekeliling anda terperasaan akan keakraban anda berdua. So anda di minta siap sedia kot dengan khabar-khabar angin yang akan memfemeskan diri anda dalam sekelip mata. Pada awalnya mungkin anda akan berasa rimas. Namun percayalah akan tertunasnya satu perasaan yang akan menyebabkan anda mengalami simptom-simptom sakit cinta. Dia teramat rapat pada anda tidak kemungkinan anda tidak akan jatuh hati. Sudahla otak ngam, perangai pun selalu buat anda sakit kepala nak layan. Walaupun bukan sekarang anda menyedarinya, lambat laun anda akan mula perasaan apabila anda dan dia mula x semesra dulu akibat daripada kemunculan orang ketiga...

So kesimpulannya di sini, melalui pengalaman aku sebagai Doc Love yang tidak bertauliah, simptom-simptom yang menyebabkan anda jatuh cinta kepada seseorang itu boleh dirungkaikan melalui 3 formula seperti yang telah dinyatakan di atas. kita boleh jatuh cinta kepada seseorang melalui pandangan pertama sehingga menyebabkan kita jatuh cinta pada pandangan pertama. Janganlah tanya kepada orang yang tengah hangat bercinta kenapa mereka jatuh cinta kepada orang itu kerana mereka akan memberikan jawapan yang sangat klise iaitu cinta itu buta. Dan tersangat indahnya bila teman tapi mesra telah jatuh cinta bersama kerana mereka boleh jadi sahabat dan dalam pada masa yang sama mereka adalah kekasih. My Bf is my BestFriend. 

Dan bagi aku, aku telah jatuh cinta berkali-kali dengan seorang mamat ini saja. Aku jatuh cinta pada pandangan pertama start first day aku perasaan dia wujud kat Hunted House dulu, dan terus jatuh cinta pada matanya n senyumannya. Aku juga jatuh cinta ketika aku menjadi teman tapi mesranya walaupun aku kini menyedari telah wujudnya orang ketiga dalam cerita kami. Tapi aku x kisah. Asal dia bahagia aku just bahagia kot walaupun berkali-kali aku menumpahkan air mata kerana dia dan sehingga kini aku dah imun akan kesedihan itu. Jangan tanya aku kenapa n mengapa aku jatuh hati kepadanya. Kerana CINTA ITU BUTA...

Monday, December 12, 2011

Masih Tertanya-tanya

Assalammualaikum

Seriously aku pun tengah blur akn entry yang akan aku post ini (bukan ko dah post ke). Actually entahlah apa yang bermain di fikiran aku sekarang ini. Ok la sebelum aku nak start apa2 to Maci Zoraya awal2 lagi aku nak cakap aku bukan tiru post ko ya..Huhuhuhu.. Pembukaan saja yang sama. Peace.. :)

‎2931: all i can say, ko memang kuat. Ko tidak kisah kalau org mahu ckp apa pun pasal ko sbb ko tau apa ko buat sentiasa betul. Ceria. Kuat bergambar. Walaupun hatinya slalu d sakit, tp dia tdk give up easily. Dia semakin ayu. :D

Hairan? Aku lagi hairan ini. Oklah ini adalah satu permainan yang telah dihangatkan oleh Oshin kat Fb. Berbalik kepada tajuk yang asal. Aku sebenarnya masih tertanya-tanya yang aku ini orang yang macam mana. Adakah aku sekuat dan setabah seperti apa yang dikatakan? Aku blur.. Otak dan jiwa aku saling x terconnect antara satu dgn yang lain.

Orang katalah, bukan aku kata. Selama aku hidup 22 tahun ini orang selalu kata yang aku ini baiklah, penyabarlah dan stock2 budak suci n muci ini. Serious orang yang cakap ini bukan aku syok sendiri. Dari zaman kegelapan sampai aku dah menemui cahaya ini mana-mana aku pergi dorang akan cakap sebegitu. Aku ini baik sangat ka? Sampai orang cakap aku terlampau baik sampai kena pijak kepala. Well hakikatnya kejadiannya adalah benar.

Seriously aku ini bukanlah baik dan sekuat yang disangkakan. Aku pun menusia biasa juga yang punya hati dan perasaan...<---- Serius Der ayat x boleh bla... Aku sedar orang gunakan aku. Aku sedar orang ambil kesempatan atas diri aku. Aku sedar apa yang dorang buat selamanya ini... Orang gila n bodoh saja yang tak sedar. Kalau dulu masa zaman kegelapan yang tidak punya akal fikiran cara aku untuk melupakannya hanya menangis dan menagis dan terus menangis. Esoknya aku buat seperti teda apa-apa! Aku x nak nampak lemah depan mata mereka. Sekarang ini kalau ada yang buat aku sakit hati or benda yg lain, Ya! aku juga akan menangis, tetapi aku menangis di atas tikar sejadah dan berdoa agar dorang sedar apa yang telah lakukan dan berharap mereka berubah.

Kamu tentu akan cakap aku bodoh kan! Hello, I budak U ok..hahahah...Tak la.Gurau ok. Alasan yang sebenarnya adalah bagi aku sahabat tetap sahabat walaupun seburuk mananya perangai mereka. Manusia boleh berubah kan. Macam juga aku yang berubah ke arah kebaikkan walaupun aku tahu yang aku x baik mana pun. Tapi still boleh dibanggakan lah. Aku boleh maafkan mereka walaupun adakalanya mereka x layak dimaafkan. Walaupun segala maki hamun yg keluar dari mulut aku, tetapi dalam hati aku tak bermaksud sedemikian.

Berkenaan hati yang selalu disakiti. Well 3 kali berturut2 kot aku kena wat begitu. First2 dorang cari kita. Bertemu dan berkenalan dari hati ke hati. Kemudian bunga2 cinta telah bersemi. Ku sangkaan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang, c watak sampingan datang dengan tanpa rasa bersalah. Menggugat perhubungan yang telah dibina. Dia pergi tanpa rasa bersalah. Heroin yang dulunya watak utama dalam drama bertemakan percintaan telah dianggap sebagai watak penjahaat dalam drama tersebut. Akhirnya dia berasa letih untuk terus merebut kembali hati hero semalaya. Dia hanya terus menunggu dan menunggu. Adakah dia akan kembali? Sangat klise kan cerita ini. Ya aku adalah watak heroin di atas yang telah dianggap sebagai watak penjahat dalam drama cinta ini. Sungguh malang nasib aku kan. Kalau ini yang dikatakan tabah dan kuat seperti oshin katakan, aku akui akan kebenaran. Kalau aku tidak kuat aku akan jadi macam perempuan-perempuan bodoh yang ada di luar sana yang bergaduh depan khalayak ramai semata-mata seorang lelaki. Maruah aku lebih tinggi kot!

Orang cakap hati yang selalu disakiti berkali-kali pada masa akan datang akan munculnya seorang doktor untuk merawat luka yang sangat mendalam itu. Pada masa itu kita akan berasa syukur atas ujian yang telah kita jalani sehinggakan telah dikurniakan anugerah yang terindih.. Ramai orang cakap orang yang banyak diuji oleh-Nya adalah orang yang paling disayangi-Nya.. Terimah kasih Tuhan kerana sayang akan aku..

Friday, December 9, 2011

Love Drug

Assalammualaikum....
Lihat entry di atas.. Pelik kan. Bawa bertenang. Saya x jual sebarang jenis dadah kat sini. HuHuHu.. Hari ini aku terjumpa satu entry yang sangat best n kiut.... Euww..Lalala...ok2...Ia adalah berkenaan....


Hahahaha..Ok saya serius kebenarannya adalah ini

http://www.tentangcinta.com/kreativiti-cinta/loves-drugs/


Bagi aku kan ia a little bit unik n kinda cute... Dalam kepala aku ni sekarang aku nak try and give it to Jiuk. Hahaha biar dia panasaran... Lalalala...

Thursday, December 8, 2011

Ini Cerita Dia

Ini Cerita Dia!

9 tahun yang lalu,
Dia berjumpa dengan Budak Lelaki itu,
Bertemu dan berkawan merupakan adat dalam alam remaja,
Lama kelamaan bertunaslah sebuah perasaan,
Namun Dia lantas melupakan perasaan tersebut,
Kerana baginya Persahabatan amat penting sekali.

5 tahun yang lalu,
Dia dan Budak Lelaki itu,
Masih mempunyai cerita yang sama,
Suka dan duka menjai hak milik bersama,
Namun,
Langit tak seindah rupanya,
Budak Lelaki tersebut mempunyai agenda yang tersendiri,
Apabila Dia mengetahuinya,
Dia hanya mampu tersenyum,
Kerana,
Baginya Budak Lelaki itu adalah sahabat Dunia Akhirat,
Lantas kemaafan diberi.

3 tahun yang lalu,
Dia masih orang yang sama,
Dan Budak Lelaki tersebut telah berpunya,
Walaupun sakit dan pahit,
Tetap diterima dengan senyuman,
Kerana,
Baginya hanya itu sahaja yang mampu dilakukan,
Dengan sebuah senyuman ia mampu untuk menutup sebuah kedukaan.
Namun,
Mereka tidak lagi seperti dahulu,
Sahabat yang akrab dulu kini telah pergi,
Dan Dia hanya mampu tersenyum dan terus tersenyum.

Beberapa hari yang lalu,
Dia masih lagi teringat kisah yang lalu,
Kisah antara dia dan Budak Lelaki itu,
Walaupun bertahun lamanya telah berlalu,
Tetap terpahat di dalam ingatan selalu,
Dan Dia masih lagi seperti yang dulu,
Menunggu sahabatnya yang telah lama pergi dahulu,
Kerana baginya si dia tetap yang satu

Tuesday, December 6, 2011

Kerja Gila

Assalammualaikum

Hello there December. Good bye November. 
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tapi kisah aku tetap sama sahaja. Menanti dan terus menanti. Bagaikan pungguk rindukan bulan...<-----Euww! Ayat aku kah 2? Overnya. Huhu. Ok berbalik kpd cerita asal. Dalam beberapa minggu ini I terlampau bz ye peminat2 sekalian..Hahaha. Bz buat asgmnt, bz tgk drama swasta n bz dgn masalah MR J dgn "anak raja mana". Lalala.. Klau ko baca post ni bdk perasan ada aku kesahh!!!... Lg aku suka. Ko suka sangatkan nama mu kena Mention..hahahaha.!

Tadi bersamaan 6 hb December aku telah buat kerja gila yg di mana c Maci Zoraya telah buat kat sorg paci gay beberapa sem yg dulu. Dgn bantuan c maci, sehelai kertas yg telah dituliskan dgn Art aku bertajuk Kerna Kau Lelaki tu, telah selamat diletakkan di motorsikal MR G. Hahaha.. Punyalah aku nerves tahap gaban td 2. Hahaha... keja gila yg amat telah dilakukan dlm sem ni. Huhuhu... Aku ka tu.. Bila tengok muka mamat tu baca 2 surat aku terasa mcm lucu kot. Hahaha.. Takut pun ada kalau dia tahu surat tu aku yg letak. Aku takut dengan penerimaan dia. Tapi sampai bila lg aku harus buat x tau ttg perasaan aku kan.

Banyak da peluang aku bagi kat dia. Tapi dia still buat bodoh jak dgn aku.. Mulanya aku pasrah jak tu kasih lepaskan dia kat perempuan 2. Tapi perempuan tu mengencang kat dlm Fb.. So apa lg. May the best women win kan. Hahahaha.. Kalau setakat pakai make up tebal mau tonjolkan diri baik x payah, klu setakat berlakon ko lah perempuan melayu yg terakhir baik x payah. klu setakat sekajap pakai n skjp x tudung 2 semata-mata menarik perhatian lelaki 2 ko baik belajar agama balik la.. So kita tgk sapa yg dapat!..Hahaha