Oh!Belog

Thursday, November 22, 2012

Watak Kehidupan

Assalammualaikum.






Hello u`all... Mak datang lagi....

Ok! Aku mengaku yang sebenarnya aku ni memang mempunyai hobi sampingan yang mungkin dikatakan agak pelik sedikit. Aku sangat suka memperhatikan akan keadaan di sekeliling aku. So kepada sesiapa yang aku dok usha2 atas bawah tu jangan sentap or kata aku gila.. Seharusnya kau bangga kerna telah menarik perhatian aku.. Artis ni! Tak ke bangga tu..

Ok, seriously bila aku tengah tunggu order makanan aku sampai, tengah tunggu orang, or whatever lah aku memang suka tengok orang yang berad a di sekeliling aku. Bagi aku mereka ini tengah memainkan 1001 watak yang tersendiri. Tidak hairanlah ramai pencari-pencari bakat menjumpai artis2 yang berbakat di tempat awam.. Well aku boleh kenal pasti watak yang dimainkan oleh mereka dari cara mereka jalan saja. Ini serius!

Bagi masyarakat zaman sekarang ini, untuk meneruskan kehidupan di zaman serba kehipokritan ini, mereka terpaksa melakonkan pelbagai watak untuk terus survive dalam masyarakat sekeliling. Aku tak kata itu salah. Tapi berpadah-padahlah. Jangan tersangat plastik dalam melakonkan watak anda yang sememangnya tersangat plastik itu. Jangan berlagak sealim ustaz or ustazah kalau diri sebenar serupa jin-jin bertendang. Well pelakon-pelakon hebat ini sememangnya banyak terdapat dalam masyarakat pelajar ye.... Oppsss.... Ada aku kisah kau terasa..


Seperti yang telah aku nyatakan awal tadi, kehidupan pada zaman belajar sememangnya telah banyak melahirkan pelakon-pelakon hebat yang mampu membawa pelbagai watak dengan jayanya. Watak HIPOKRIT sememangnya menjadi watak yang paling fames dan paling dijiwai oleh pemegang-pemegang watak ini. Tak percaya? Silalah tanya student2 UMS.. Di sana, terdapat banyak pelakon-pelakon hebat.. Depan belakang cakap lain.

Ok that all sebab aku teda idea.. Esok nak jalan sama member.

P/s....

Aku boleh mainkan watak sebaik-baik Alam,
Aku juga boleh mainkan watak sejahat-jahat Setan,
Poker face berjaya memang watak popular yang aku pegang,
Tidak juga lupa watak Sedih bila tiba musimnya,
Sekarang aku sedang berusaha memegang satu watak untuk dinilai oleh-Nya, kerana bagiku Dia adalah Pengarah Teragung yang menilai kita di kehidupan ini.

Thursday, November 1, 2012

Arus Perubahan




Assalammualaikum


          Kehidupan kita ini boleh diibaratkan seperti sebuah roda yang tengah rancak berputar. Sekejap kita di atas, sekejap kita berada di bawah, sekejap kita hidup senang dan adakalanya kita hidup dalam keadaan susah. Proses ini berulang-ulang sama seperti roda yang berputar tanpa henti. Kehidupan juga bagi aku boleh  dikatakan bagai di sebuah persimpangan. Simpang ke kiri jalan yang menuju ke lembah yang gelap manakala simpang untuk ke kanan pula adalah jalan ke arah cahaya yang di redhai-Nya. Cuma apa yang perlu kita lakukan adalah untuk mencari arah tuju yang betul dalam melakukan aktiviti seharian kita. It's our choices.


"Bukan mudah untuk berubah, dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalan ke sujud menghadap Tuhan." 
                                                                                      ( Hlovate say's)


          Sungguh untuk melakukan sesuatu perubahan itu memang sesuatu perkara yang bukan mudah untuk dilakukan. Nak melakukan aktiviti seharian berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah itu memang payah. Aku tak nak jadi fake yang mengatakan yang jalan perubahan yang aku lakukan adalah sebaik-baik alam. Tersangat susah. Memang tersangat susah. Sampai di suatu ketika aku merasakan perubahan yang aku lakukan ini seolah-olah aku lakukan dalam keadaan KETERPAKSAAN. Serious aku mengaku, pada awalnya aku terpaksa solat 5 waktu, baca Quran pun ikut suka aku. Ini kerana aku takut Tuhan marah kat aku, takut kena campak masuk neraka and so on.

          Tapi tiada siapa yang tahu jalan cerita yang telah diarahkan oleh-Nya. Dalam keterpaksaan itu adakalanya akan membawa kita ke arah satu perasaan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Rasa keterpaksaan itu bertukar menjadi 1001 rasa kepuasaan yang tak terkata. Sekarang aku boleh berbangga kerana solatku bukan aku lakukan kerana terpaksa. And now tiada siapa sangka budak  ni yang suatu masa dulu amat jahil dengan Quran tengah menanti waktu untuk khatam buat pertama kali dalam hidupnya. Kita tak tahu "keterpaksaan" itu telah membuka satu ruang yang amat bernilai.

Hidup kita di dunia ini sama seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara. Hingga kadang-kadang kita terlupa diri ini nak ke mana. Dalam bahasa mudahnya, kita hidup di dunia ini kadang-kadang terlalu alpa, mudah lupa kerana asyik dengan dengan keindahan duniawi semata-mata lalu menyebabkan kita terpesong jauh. Seperti kata-kata awal aku di atas, kita hidup ini mesti pandai memilih jalan yang betul. It's your choices. Aku juga sewaktu ketika dahulu tersalah memilih jalan. Tapi aku tak menyesal sebab Tuhan sayang akan aku. Dia kenalkan aku dengan seseorang yang telah menarik aku ke jalan-Nya. Yes it's u paci! Aku rasa syukur sangat sebab aku tak terlambat untuk berubah.

"The Eleventh hour". The man that decided to change on the twelveth hour dies on the eleventh.
Aku tak nak jadi macam itu. Mati sebelum sempat nak bertaubat. Seriously aku memang rasa sangat-sangat syukur kerna Tuhan bagi aku seseorang yang telah membuka hati aku untuk berubah. Terima kasih kepada orang itu. Walaupun secara tak sedar dia telah merubah aku.Sebab itulah aku tak nak lepaskan dia. Aku sedar perubahan yang aku bawa tidak sesempurna mana tapi tak apa. Aku akan kayuh secara perlahan-lahan yang penting Tuhan tahu niat aku.

Adakalanya perubahan yang kita lakukan ini telah menyebabkan kita kehilangan sesuatu. Ya! Aku hilang kawan. Tak apa Tuhan maha adil, Dia hilangkan yang lama kemudian Dia berikan kita sesuatu yang baru. Tipulah kalau aku cakap aku tak sedih and kecewa. Dorang seperti pulaukan aku. Mana-mana event dorang tak bawa aku. Aku ajak hang out pun dorang tak mahu.. Tak apa.. Kalau bersama waktu susah senang dan makan berkongsi pinggan, bagi aku itu baru namanya sahabat sepanjang zaman. Aku kehilangan dorang . Tuhan bagi aku c Maci Zoraya dengan orang itu (PACI).

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat,
Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari?
Rupanya Allah memberi kita pelangi.

Kita berubah bukan hanya suka-suka, tetapi untuk bekal kita suatu hari nanti....