Oh!Belog

Thursday, November 22, 2012

Watak Kehidupan

Assalammualaikum.






Hello u`all... Mak datang lagi....

Ok! Aku mengaku yang sebenarnya aku ni memang mempunyai hobi sampingan yang mungkin dikatakan agak pelik sedikit. Aku sangat suka memperhatikan akan keadaan di sekeliling aku. So kepada sesiapa yang aku dok usha2 atas bawah tu jangan sentap or kata aku gila.. Seharusnya kau bangga kerna telah menarik perhatian aku.. Artis ni! Tak ke bangga tu..

Ok, seriously bila aku tengah tunggu order makanan aku sampai, tengah tunggu orang, or whatever lah aku memang suka tengok orang yang berad a di sekeliling aku. Bagi aku mereka ini tengah memainkan 1001 watak yang tersendiri. Tidak hairanlah ramai pencari-pencari bakat menjumpai artis2 yang berbakat di tempat awam.. Well aku boleh kenal pasti watak yang dimainkan oleh mereka dari cara mereka jalan saja. Ini serius!

Bagi masyarakat zaman sekarang ini, untuk meneruskan kehidupan di zaman serba kehipokritan ini, mereka terpaksa melakonkan pelbagai watak untuk terus survive dalam masyarakat sekeliling. Aku tak kata itu salah. Tapi berpadah-padahlah. Jangan tersangat plastik dalam melakonkan watak anda yang sememangnya tersangat plastik itu. Jangan berlagak sealim ustaz or ustazah kalau diri sebenar serupa jin-jin bertendang. Well pelakon-pelakon hebat ini sememangnya banyak terdapat dalam masyarakat pelajar ye.... Oppsss.... Ada aku kisah kau terasa..


Seperti yang telah aku nyatakan awal tadi, kehidupan pada zaman belajar sememangnya telah banyak melahirkan pelakon-pelakon hebat yang mampu membawa pelbagai watak dengan jayanya. Watak HIPOKRIT sememangnya menjadi watak yang paling fames dan paling dijiwai oleh pemegang-pemegang watak ini. Tak percaya? Silalah tanya student2 UMS.. Di sana, terdapat banyak pelakon-pelakon hebat.. Depan belakang cakap lain.

Ok that all sebab aku teda idea.. Esok nak jalan sama member.

P/s....

Aku boleh mainkan watak sebaik-baik Alam,
Aku juga boleh mainkan watak sejahat-jahat Setan,
Poker face berjaya memang watak popular yang aku pegang,
Tidak juga lupa watak Sedih bila tiba musimnya,
Sekarang aku sedang berusaha memegang satu watak untuk dinilai oleh-Nya, kerana bagiku Dia adalah Pengarah Teragung yang menilai kita di kehidupan ini.

0 comments: