Oh!Belog

Tuesday, January 31, 2012

BULIMIA..? APA ITU?

ASSALAMMUALAIKUM

Apa khabar semua? Di harap sihat sejahteralah semuanya... Dekat rumah ini dua orang dah demam panas.. Aku pun macam nak demam2 juga ini.. Ok back to the point.. Apa itu Bulimia.. Kamu pernah menghadapinya or x. Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut jom kita try tengok maksud Bulimia ni dulu.. 

Ni pun i copy paste dari website lain NYAH...

Bulimia adalah satu gangguan atau gangguan pada pola pemakanan iaitu makan dalam kuantiti yang berlebihan dan berusaha memuntahkan kembali makanan yang di makan. Biasanya mereka menggunakkan ubat pencahar untuk merangsang mereka muntah dan melakukan ativiti olahraga secara berlebihan. Mereka yang menghidap penyakit ini tidak dapat dilihat pada mata kasar orang lain. Ini kerana mereka kelihatan normal dan mempunyai bentuk tubuh yang ideal (tidak terlalu kurus dan sebaliknya).

Dengan bahasa mudahnya ialah Bulimia ini adalah satu tebiat bila kita makan sesuatu benda kita akan memuntahkan balik semata-mata mahu kurus.

Kenapa aku buat entry ini? Kerana aku rasa aku ke arah ciri-ciri seorang pesakit Bulimia. Kalau dulu berat aku nak cecah 80 kg. Sekarang dah 56 kg. Selain senaman, aku juga sering memuntahkan balik apa yang aku makan. Well aku x bangga apa yang aku buat. Kerana Bulimia ini boleh membawa kematian. SAYA X NAK MATI DULU!

SIMPTOM BULIMIA

Antara simptom yang dialami oleh pesakit adalah seperti di bawah ini:-
  • ketagihan memakan makanan secara berlebihan  ( Aku tak )
  • merasa diri tidak dapat mengawal diri ketika sedang makan.  ( Terkawal pun )  
  • menggunakan ubat untuk mencegah diri daripada berat badan naik seperti memakan ubat perangsang muntah.  ( Lagi la x.. Guna duit tu )
  • merasa begitu cemas jika berat badan naik ( Yang ini YA )
  • diet yang sangat ketat  ( Macam Tahu NI )

Seperti simptom2 di atas, ada yang tidak ada kena mengena dengan aku ada yang kena. Mungkin tahap aku tidak kritikal kali kot.... Kalau ada member2 kamu yang ada Bulimia 2 bawa-bawa lah nasihat dia ok.. Aku ni pandai jak nasihat org. Tapi diri sendiri tu sama juga..huhuhu....

Gud bye....


0 comments: