Oh!Belog

Tuesday, December 13, 2011

Awak Jum BerCinta

Assalammualaikum...
Sebelum aku nak menyibukkan diri untuk membuat assignment yang tengah melambak ini, anda dipersilakan untuk membaca post terbaru dari saya. Tak nak baca pun aku x halang. Lalala.


Cinta itu buta. Apa yang anda faham akan ayat ini? Apa yang kita faham? Ramai yang mengatakan term Cinta itu buta adalah sebagai sedemikian. Kita jatuh hati kepada seseorang itu tanpa mengirakan rupa paras seseorang itu. Kita tidak melihat akan kekayaan seseorang itu dan kita tak akan pandang akan asal-usul mereka. Der! Kenapa kau suka sangat kat budak tu? Cinta itu buta Der. Aku tengok isi hati dia, bukan rupa paras menjadi ukuran, bukan harta kekayaan menjadi jadi pegangan dan kami sama kot berasal daripada makhluk ciptaan-Nya. Alangkah mudahnya jawapan tersebut. 

Cinta pandang pertama. Tentu ramai yang ketawa ni kan. Wei kenapa konon ko syok setengah mati kat mamat tu. Babe! aku dah jatuh cinta kat mamat tu la. Wei mamat tu. Hahaha...Omg aku x terfikir ko boleh ada hati kat dia. Babe! jgn gelak boleh tak.. Aku x leh explain why aku syok kat dia. First day aku nampak mamat tu aku dah jatuh hati kat dia kot.. Aku suka tgk mata dia, senyuman dia.. Omg ang da parah dah nie...Tersangat klise kan. Tapi ada benarnya yang bahawa cinta pandang pertama boleh terjadi apabila seseorang itu jatuh hati melalui matanya, senyumannya. Orang dulu pernah kata dari mata turun ke hati. Wait! kenapa mcm citer aku je ni.. Lalala

Taman Tapi Mesra. Of cuz kamu pernah mengalaminya kan Jangan la nak tipu. Kemana saja kamu pergi akan berdua, apa yang kamu buat kamu buat berdua. Walaupun pada hakikatnya anda hanya berteman sahaja. Namun orang di sekeliling anda terperasaan akan keakraban anda berdua. So anda di minta siap sedia kot dengan khabar-khabar angin yang akan memfemeskan diri anda dalam sekelip mata. Pada awalnya mungkin anda akan berasa rimas. Namun percayalah akan tertunasnya satu perasaan yang akan menyebabkan anda mengalami simptom-simptom sakit cinta. Dia teramat rapat pada anda tidak kemungkinan anda tidak akan jatuh hati. Sudahla otak ngam, perangai pun selalu buat anda sakit kepala nak layan. Walaupun bukan sekarang anda menyedarinya, lambat laun anda akan mula perasaan apabila anda dan dia mula x semesra dulu akibat daripada kemunculan orang ketiga...

So kesimpulannya di sini, melalui pengalaman aku sebagai Doc Love yang tidak bertauliah, simptom-simptom yang menyebabkan anda jatuh cinta kepada seseorang itu boleh dirungkaikan melalui 3 formula seperti yang telah dinyatakan di atas. kita boleh jatuh cinta kepada seseorang melalui pandangan pertama sehingga menyebabkan kita jatuh cinta pada pandangan pertama. Janganlah tanya kepada orang yang tengah hangat bercinta kenapa mereka jatuh cinta kepada orang itu kerana mereka akan memberikan jawapan yang sangat klise iaitu cinta itu buta. Dan tersangat indahnya bila teman tapi mesra telah jatuh cinta bersama kerana mereka boleh jadi sahabat dan dalam pada masa yang sama mereka adalah kekasih. My Bf is my BestFriend. 

Dan bagi aku, aku telah jatuh cinta berkali-kali dengan seorang mamat ini saja. Aku jatuh cinta pada pandangan pertama start first day aku perasaan dia wujud kat Hunted House dulu, dan terus jatuh cinta pada matanya n senyumannya. Aku juga jatuh cinta ketika aku menjadi teman tapi mesranya walaupun aku kini menyedari telah wujudnya orang ketiga dalam cerita kami. Tapi aku x kisah. Asal dia bahagia aku just bahagia kot walaupun berkali-kali aku menumpahkan air mata kerana dia dan sehingga kini aku dah imun akan kesedihan itu. Jangan tanya aku kenapa n mengapa aku jatuh hati kepadanya. Kerana CINTA ITU BUTA...

0 comments: