Oh!Belog

Thursday, December 8, 2011

Ini Cerita Dia

Ini Cerita Dia!

9 tahun yang lalu,
Dia berjumpa dengan Budak Lelaki itu,
Bertemu dan berkawan merupakan adat dalam alam remaja,
Lama kelamaan bertunaslah sebuah perasaan,
Namun Dia lantas melupakan perasaan tersebut,
Kerana baginya Persahabatan amat penting sekali.

5 tahun yang lalu,
Dia dan Budak Lelaki itu,
Masih mempunyai cerita yang sama,
Suka dan duka menjai hak milik bersama,
Namun,
Langit tak seindah rupanya,
Budak Lelaki tersebut mempunyai agenda yang tersendiri,
Apabila Dia mengetahuinya,
Dia hanya mampu tersenyum,
Kerana,
Baginya Budak Lelaki itu adalah sahabat Dunia Akhirat,
Lantas kemaafan diberi.

3 tahun yang lalu,
Dia masih orang yang sama,
Dan Budak Lelaki tersebut telah berpunya,
Walaupun sakit dan pahit,
Tetap diterima dengan senyuman,
Kerana,
Baginya hanya itu sahaja yang mampu dilakukan,
Dengan sebuah senyuman ia mampu untuk menutup sebuah kedukaan.
Namun,
Mereka tidak lagi seperti dahulu,
Sahabat yang akrab dulu kini telah pergi,
Dan Dia hanya mampu tersenyum dan terus tersenyum.

Beberapa hari yang lalu,
Dia masih lagi teringat kisah yang lalu,
Kisah antara dia dan Budak Lelaki itu,
Walaupun bertahun lamanya telah berlalu,
Tetap terpahat di dalam ingatan selalu,
Dan Dia masih lagi seperti yang dulu,
Menunggu sahabatnya yang telah lama pergi dahulu,
Kerana baginya si dia tetap yang satu

0 comments: