Oh!Belog

Friday, December 30, 2011

Ini Semua Mimpi..Sila Bangun Dari Tidur Yang Lena!

Assalammualaikum

Lama x update blog ni. Saya ada cerita sedih gembira... Nak baca mana 1...Seperti biasa tekan X jika x nak baca.. Saya x marah juga 2!

Pernahkah anda merasakan bahawa si dia adalah jodoh yang ditentukan Allah buat anda? Kadangkala gerak hati anda kuat mengatakan bahawa si dia amat istimewa dan seakan serasi dengan anda dalam setiap perkara. Si dia jua sentiasa ada ketika anda memerlukan sokongan dari seorang sahabat. Pendek kata, anda dan si dia seakan mempunyai ikatan emosi, fizikal mahupun dalaman yang kuat. 

Anda pernah baca ayat di atas, kalau aku cakap aku dah pernah rasa seperti yang dinyatakan di atas percaya tak..hahaha... Yes truly true. But, ada but dia kot..huhuhu... Jangan terlampau gembira n mengikut perasaan anda.. Kadang kala apa yang anda rasa itu x semestinya banar2 terjadi. Why! aku menulis mengikut pengalaman aku sendiri.. kenapa aku cakap g2 sebab aku dan dia x bersama pun.. Itulah sebabnya aku berani mengatakan sedemikian. Even hati dan perasaan aku mengatakan kami serasi bersama tapi dia lebih gembira dengan orang lain..

Apa yg story sedih n gembira itu? Cerita sedih n gembira ini kedua-duanya berkait-rapat dgn 1 jalan cerita.. huhuhu... Tanpa membuang masa saya nak habaq kat anda, anda dan anda sekalian yg bahawa saya dengan rela hati dan seikhlas yang mampu nak melupakan MR G..hahaha.... BENAR KE NI? AWAK TIPU!.. Ya semua ini adalah benar belaka.. Tipu la aku cakap yang aku x sayang dia lagi.. Aku syg kot. Sayang yang amat.. Nak dekat 2 tahun da aku simpan perasaan aku ni.. So kenapa nak lepaskan dia pergi tanpa kc tahu persaan yg sebenarnya? Kamu x tahu mcm mana keadaan aku dalam 3 hari yang lalu. Aku sampai jatuh sakit kot. Sesak nafas aku datang balik, berat badan aku turun dengan mendadak... Hanya Tuhan ja tahu perasaan aku bila perempuan tu post ayat mcm tu kat wall FB MR G n tgk pic-pic dorang. Hati aku sakit.. MR G mcm bahagia sangat dgn perempuan 2... Aku x sampai hati ganggu dia walaupun aku amat2 x suka perempuan 2. Saya sedih... Aku menangis macam org gila hari tu... Aku tgk muka dia mcm amat happy ni... Aku suka tgk walaupun ia menyakitkan hati aku yg amat..

But 1 saja aku hairan dengan MR G ni.. Dia macam tahu yg aku dalam keadaan sedih dan marah dgn dia.. Bukan sekali da, tapi berkali-kali bila dia melukakan hati aku tanpa dia sedar ataupun sedar kali, mesti dia sms or pm aku... Dia tanya aku ok ka x dan dalam masa yg sama dia akan cuba buat aku happy balik. Dia mempermainkan perasan aku kot.. Apa ba dia nak sebenarnya ini? Aku nak lupakan dia tapi gaya dan perbuatan dia seolah-olah tidak membenarkan aku membuat sedemikian. Aku bingung. Aku tak tahu nak buat bagaimana lagi. Dia seolah-olah dengan perempuan tu but dalam masa yang sama dia ambil berat dengan aku. Aku cuma nak tahu kebenaran dia sahaja adakah kau dengan perempuan tu or x. Tapi kau selalu tidak mengaku. OMG ko buat hidup aku kucar-kacir MR G bukan nama sebenar..

Aku pernah bermimpi yang kita berdua akan dapat hidup bersama. Tapi aku tahu mimpi itu hanya mainan tidur. Tapi seboleh-bolehnya aku nak mimpi itu jadi kenyataan. Kalaulah mimpi indah ini adalah kenyataan tolong jangan bangunkan aku. Kata orang dengan bermula dari mimpi, impian kita akan menjadi kenyataan. But untuk aku mana? Oleh itu, untuk membebaskan hati aku dari rasa sakit dan sedih, Jiuk dengan ini aku membebaskan kau pergi ke mana saja kau mau. Aku gembira kot bila kau happy.. kita merancang dan hanya tuhan yang menentukan... Sebanyak mana pun aku rancang dgn c maci gaga utk that Love Story yg teragung abad ini kalau Dia x bagi restu x jadi juga tu..hahaha..oleh itu dgn hati yg ikhlas saya lepaskan anda pergi...lalalala....bohongla klu x sakit .

Kalau kita menyanyangi seseorang itu dengan setulus hati kita, kita akan biarkan dia bahagia walaupun bahagia dia bukan bersama dengan kita. Apabila melihat dia tersenyum bahagia bersama dengan orang yang dia tersayang dah mampu buat aku gembira kerana bagi aku kegembiraan aku hanya tengok dia bahagia..Hahaha Over kan aku..konfirm kau ketawa kan maci zor..Lalala..Ada i kisah..

0 comments: