Oh!Belog

Wednesday, December 21, 2011

Story Of Miss Turtle!

Assalammualaikum..

Seperti biasa kalau tak nak baca klik X!

Ini bukan kisah dongeng Si Kura-kura dengan Si Arnab yang di mana Si Kura-kura telah memenangi pertandingan tersebut walaupun dia amat ketinggalan jauh di belakang. Ini adalah kisah yang nyata di mana aku diibaratkan sebagai seekor Kura-kura yang selalu lambat bertindak untuk mencapai kebahagian sendiri.

Orang ramai mengatakan biarlah lambat asalkan ia menjanjikan suatu kepuasan kepada diri kita. Well ini kisah aku yang amat nyata! Aku menunggu dan terus menunggu, aku bertindak dengan amat perlahan dalam keadaan yang amat memerlukan. Tapi apa yang aku dapat? Aku hanya mampu membahagiakan orang lain tanpa memikirkan perasaan aku sendiri. Diri aku siapa yang hendak membahagiakannya? Aku seringkali berkorban untuk orang-orang yang aku sayang. Ada mereka pandang pengorbanan aku? 

Adakah aku IKHLAS? Ia merupakan persoalan yang sering bermain dalam fikiran aku. Minda dan mulut aku berkata bahawa aku amat IKHLAS melakukannya namun HATI aku? Aku tidak dapat mengungkapkannya dengan kata-kata. Orang mungkin cakap aku bodoh kerana selalu menunaikan apa yang dia kehendaki. Tapi entahlah. Aku macam lega apabila menunaikan apa yang dia mahu. Aku tidak sanggup tengok dia marah or sedih. Bodoh kan aku..

Aku amat menyukai akan dirinya. Dari senyumannya, matanya, cara dia bercakap, cara dia menyakat dan membuli aku, cara dia ketawa. Hari aku tidak akan lengkap tanpa melihat semua itu. Adakah aku obses! Aku bukan Obses! Kalau aku Obses aku tidak akan dapat terima dia dengan perempuan lain. Aku harap sangat dia bahagia walaupun kebahagian dia bukannya bersama-sama dengan aku. Ini boleh dikatakan ikhlas ke? Ini pasrah kot...

Aku tahu yang kisah aku ini bukan menarik untuk anda semua baca. Tapi dengan menulis dekat blog ini aku dapat mengurangkan stress yang telah melanda dalam hidup aku sejak kebelakangan ini... Hahaha... Lagipun aku tidak paksa kamu baca juga kan....

MR G! Aku tulis entry ini depan mata kau kot tadi... Hahaha... Aku berani mati hari ini. Kau sedar juga tadi tu kan walaupun kau tidak sempat lihat! Anyway aku amat gembira menghabiskan masa dengan kau dalam beberapa hari ini. Walaupun aku tahu kegembiraan aku hanya sementara sahaja. Terima kasih walaupun kau tidak menyedarinya.

Adakah kisah aku yang amat nyata ini akan berakhir dengan kegembiraan ataupun aku harus berhenti untuk mengharap keajaiban. Orang cakaplah bukan aku yang cakap! Sesabar dan selama mana kita menunggu dan menanti, pada akhirnya kelak Tuhan akan memberikan kita ganjaran yang amat setimpal dengan apa yang kita buat. Aku berpegang dengan prinsip itu! MR G! I ALWAYS WAIT FOR U! Tapi jangan lambat sangat....

0 comments: